BLOG INI SEDANG DIKEMASKINI. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Mac 29, 2015

LAMBANG BUNGA TERATAI DALAM FALSAFAH MELAYU.

0 comments
LAMBANG BUNGA TERATAI MENURUT ABDULLAH NAKULA DALAM FALSAFAH MELAYU. (Abdullah bin Muhamed dilahirkan di kampung Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan)


Nakula membincangkan persoalan konsep bentuk seni melalui falsafah simbolik yang menekankan kepada nilai keagamaan. Menurut beliau segala kejadian alam ini adalah dari Zat Allah. Melalui zat tersebut terdapat dua tingkat iaitu Tingkat Ketuhanan dan Tingkat Kealaman. Melalui inilah segala kejadian di alam ini berlaku. 

Menurut Nakula Zat Allah mempunyai dua kelompok yang penting iaitu sifat-sifat yang berikut:
  • Sifat ‘Jamal' dalam bahasa Arab bererti sifat-sifat 'Keindahan' dalam bahasa Melayu yang sama dengan ‘Vishnu’ dalam bahasa Sanskrit.
  • Sifat ‘Jalal' dalam bahasa Arab bererti sifat-sifat 'Kehebatan' dalam bahasa Melayu yang sama dengan ‘Shiva’ dalam bahasa Sanskrit.
[Bahasa Sanskrit itu adalah sejenis bahasa tinggi yang digunakan di Alam Melayu purbakala, ribuan tahun yang lampau. Ia seharusnya tidak dikaitkan dengan agama atau fahaman yang tidak berpaksikan tauhid dengan sewenang-wenangnya-TMP]

LAMBANG BUNGA TERATAI.
Dalam mentafsirkan  lambang, bentuk dan sesuatu  motif,  Nakula telah  mentafsirkan sebagai mempunyai suatu  makna yang tersirat  mengikut falsafah Melayu. 

Bunga teratai adalah  mempunyai  makna  yang tersirat. Terdapat dua jenis lambang iaitu: 

1. Lambang  Kejadian Alam  dalam  tingkat  Ketuhanan. 
Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah adalah lambang Zat Allah yang kuat berpegang kepada sekuntum bunga. Zat Allah yang dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada “Tingkat al-Ahadiyah”. Bila terjadi perdampaan di antara dua sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah seketul “kudup” bunga teratai. Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan wujudnya bersama kudup. 

Kudup adalah melambangkan “Hakikat Muhammadiyah” yang mula-mula lahir dalam alam hakikat, sebelum lahirnya hakikat-hakikat segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat Muhammadiyah terhimpun hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup yang kuncup itu terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan lain-lain. 

Selepas segala kelopak berkembang, segala stamen terbuka dan segala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi sekuntum bunga yang berkembang. Bunga yang berkembang dari hakikat-hakikat segala sesuatu yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah. 

2. Lambang  Kejadian Alam dalam Tingkat  Kealaman. 
Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut Nakula  zat Tuhan kepada tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga teratai. Ketika itu tangkai akan ghaib dan wujud bersama kudup. 

Kudup adalah melambangkan manusia atau alam kecil yang mula kelahiran sebelum lahirnya alam besar. Bagi Tingkat Kealaman ini kudup bunga adalah sebagi lambang ‘NurMuhammad’. Sementara sekuntum bunga teratai yang berkembang adalah sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga itu adalah melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk. 

Nakula juga dalam falsafahnya menyatakan bahawa bunga teratai adalah lambang kejadian alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan tradisi yang lama dalam masyarakat Melayu. 

Penggunaan motif atau bunga teratai adalah sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Bunga teratai digunakan dalam upacara tradisi dan mempunyai banyak makna-makna  rahsia tertentu yang tersirat pada kuntumnya. 

sumber: http://tempahankeris.blogspot.com/2013/03/lambang-bunga-teratai-menurut-abdullah.html 



Read full post »

Melayu & Keris - Sebuah blog yang menarik buat para peminat keris.

0 comments
Read full post »

Isnin, Mac 09, 2015

KEM BUDI - PROGRAM MOTIVASI BUDAYA MELAYU DAN ISLAM.

0 comments

Program Motivasi Budaya Melayu dan Islam. Membangun Budaya Dalam Diri.



Tuan dan puan juga boleh membantu dengan menaja penyertaan anak-anak yatim, miskin dan tahfiz seperti keterangan di bawah:



Jangan lepaskan peluang ini!

Wassalam.

TMP.
Read full post »

Selasa, Januari 13, 2015

SEJARAH BANJIR PAHANG 2014 - JANTUNG PISANG BERI PETANDA.

3 comments
Bismillah... 
Sebermula, penulis memulakan perjalanan awal tahun 2015 menuju ke Kuala Krai, Kelantan. Selang seminggu kemudian penulis menuju pula ke Pahang. Suasana selepas banjir besar sama sahaja di kedua-dua buah negeri ini. Tiada yang mampu kekal, jika ditakdirkan hanyut, maka hanyutlah dibawa arus deras lagi berlumpur. Habis segala harta benda, harta pusaka, tanah ladang, kebun pisang, kebun getah, stesen minyak, pusat-pusat perniagaan diselaputi lumpur tebal. 

Kali ini jelas sekali, banjir bukan lagi barang mainan untuk dibuat pesta bersuka ria, malah dilihat sebagai tanda bayaran 'cash on delivery' terhadap kesalahan yang dilakukan oleh segelintir manusia di muka bumi ini, begitulah kata sesetengah daripada mereka yang peka tentang perubahan alam dan yang ada ilmu agama.

Tujuan penulis ke pantai timur adalah untuk mencari ahli yang arif tentang cuaca dan petanda gegak gempita yang harus mendatangkan mara-bahaya kepada manusia. Tidak berjumpa di Kelantan, tetapi akhirnya ketemu juga di Pahang.

Jamaludin bin Yatim, 62, seorang penoreh getah menyapa penulis ketika Misi Bantuan Banjir 2015 sedang dijalankan di Kampung Kerai, Temerloh. Beliau lantas membuka cerita tanpa ditanya, mungkin kerana penulis datang membawa kamera. 


Menurutnya , banjir yang berlaku pada tahun ini adalah lima kali ganda besarnya daripada tahun 1926, 1967, 1971 dan 1973. Ini kerana setiap kali kali banjir besar berlaku aras air akan menaik satu meter dari tahun yang sebelumnya. "Air pada tahun 1973 engkat ini," sambil menunjukkan paras lehernya. Beliau yang ketika itu berusia belasan tahun masih ingat lagi peristiwa banjir besar tahun 70an yang melanda kampungnya itu. "Tapi tahun ini lagi besar...ampuh rumah-rumah seme abih," sambungnya lagi.

Menurutnya, setiap kali banjir besar akan berlaku maka akan ada petunjuk atau petanda yang sampai memberitahu kepada penduduk di pinggiran sungai.

"Banjir besar biasa berlaku bila bulan naik...bulan Melayu, jangan tengok bulan omputih," tambahnya. "Kala nak banjir itu air sungai Pahang naik dan akan ada sebatang buluh hanyut ditengah-tengah sungai....masa itu tengok engkat mana hujungnya, banjir yang nak sampai itu akan ampuh hujung buluh tu," sambil menunjukkan ruas jari telunjuknya. "Macamana pakcik tahu?" Tanya saya. "Kita perhati...banjir sungai Pahang ni bukan baru," jelasnya.

"Kala air besar, tengok ulor, dia bersalai nu hujung pokok...takat ulor tu bersalai tulah tanda ketinggian paras air yang bakal naik," sambungnya lagi. "Ada juga yang mendengar bunyi guruh air...ghuuuu...ghuuuuu...jauhhhh dia berbunyi, selalunya pukul tiga pagi, masa tu badan rasa rimas...itu juga petanda," katanya lagi. "Petanda besornya....hujan tak sidang selama dua minggu..." sambungnya.

"Haaa...awok tak rajin tengok hat ni...," katanya. "Tak rajin tengok?" kata saya. "Ha, tak rajin tengok ni...petanda yang nyata," katanya. "Apa dia?" Tanya saya. "Petanda jantung pisang," katanya.

Kemudian beliau mempelawa saya ke rumahnya melihat petanda nyata aras banjir sungai Pahang yang melanda rumahnya sendiri. Sampai di rumahnya, beliau menunjukkan dua batang pokok pisang yang berbuah, satu jantung mengadap ke tanah, satu lagi tandan pisang naik menjulang ke langit, jantungnya seakan-akan mengelak dari mencecah air. Setelah melihat tanda lumpur banjir di rumahnya sama taranya dengan hujung jantung pisang maka bagi penulis,  benarlah petanda itu.



Sememangnya petanda dan petunjuk ada, sudah diberikan oleh Yang Maha Kuasa buat mereka yang mengerti, barang siapa yang tidak mahu membuka mata, maka tidak melihatlah mereka, harapnya tidak sampai ke mati. 

Sesungguhnya tiada yang mampu kekal menongkat langit selama-lamanya di dunia ini.

Sekian.
TMP

Read full post »

Ahad, Januari 11, 2015

Misi Bantuan Banjir 2015 - Kampung Kerai, Temerloh, Pahang

0 comments
Misi Bantuan Banjir 2015.
Tempat: Kampung Kerai, Temerloh, Pahang.
Tarikh: 10.1.2015



Read full post »

Khamis, Disember 25, 2014

Salah Faham Konsep Jihad Bawa Petaka - usah terburu nafsu?

0 comments
Salam sejahtera. 

Hari-hari belek suratkhabar, ceritanya sama, orang politik tak da modal-dok pusing kisah yang sama, kes jenayah tetap ada, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, puting beliung semakin menjadi-jadi...tiada tanda berkurangan mahupun nak reda. Harimau Malaya menang dalam duka...terima aja...kerja tetap kena jalan seperti biasa.

Sungguhpun begitu, dalam banyak-banyak kisah yang sama itu penulis terbaca satu artikel, menarik sekali kisah, petikan dan tauladan ceritanya. Walaupun objektifnya nak kata jangan dok ikut IS tapi jika dikaji pada petikan kisah dan pengalaman Ahmad bin Arqam Al-Balkhi itu pada hal yang sebenar boleh jadi sangatlah dalam maksud dan pengertiannya. Antara maksudnya usahlah terburu mengikut nafsu, kerana ia tidak akan mendorong kepada kebaikan...maka berperanglah dengan nafsu...perang tak sudah.

Maka pengajaran itu bukan setakat pada orang yang ingin mengikut IS tapi mengena pada semua orang, hatta pada para ulama', cerdik pandai, orang bodoh, saintis, tukang-cuci, orang politik dan orang-orang yang  mengikutnya sekali...

TMP




Read full post »

Jumaat, Oktober 10, 2014

ASWJ Iraq diancam Syiah, ISIS

0 comments
ARKIB : 08/09/2014

SABAN hari, umat Islam yang berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di Iraq hidup menderita di bawah cengkaman kerajaan yang dikuasai puak Syiah. Mereka dibunuh beramai-beramai dan sebahagian yang ditangkap diseksa secara kejam dengan renjatan elektrik, disiram dengan bahan kimia yang menghakis kulit atau dipukul dengan batang besi.

Puak Syiah juga merampas tanah, kediaman dan harta milik golongan ASWJ justeru mengakibatkan kira-kira dua juta orang kini terpaksa hidup sebagai pelarian.

Kekejaman militan Syiah memang tiada batasan. Mereka sanggup membunuh sesiapa sahaja lelaki ASWJ yang bernama Umar, Abu Bakar atau Usman. Wanita yang bernama Aisyah atau Hafsah pula berdepan dua kemungkinan iaitu dibunuh atau dinodai kehormatan mereka. Semua itu dilakukan kerana puak ini amat membenci tiga sahabat serta dua isteri Nabi Muhammad SAW itu. Akibatnya, lelaki dan wanita ASWJ yang bernama Umar, Abu Bakar, Usman, Aisyah atau Hafsah terpaksa menukar nama masing-masing bagi mengelak daripada menjadi mangsa kezaliman militan Syiah.

Secebis kisah penderitaan golongan ASWJ di Iraq itu diluahkan sendiri oleh dua pemimpin Gerakan Kebangkitan Rakyat Iraq iaitu Sheikh Saad Fayyad al-Dulaimi dan Mustafa Dawod al-Ani kepada Utusan Malaysia dalam pertemuan di Kajang, Selangor, baru-baru ini. Kedua-duanya berada di negara ini sejak dua minggu lalu bagi menyampaikan ceramah tentang krisis kemanusiaan di Iraq serta kaitannya dengan ancaman Syiah serta kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Menurut Sheikh Saad seperti yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Eksekutif Perhubungan Antarabangsa Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Qudrotullah Bijarto, kuasa politik di Iraq sejak era pendudukan Amerika Syarikat (AS) mulai 2003 secara prinsipnya dibahagi sama rata di antara tiga kumpulan terbesar di negara berkenaan iaitu ASWJ, Kurd dan Syiah.

Jawatan Presiden dipegang oleh puak Kurd, Ketua Parlimen diberikan kepada ASWJ manakala puak Syiah menjadi Perdana Menteri. "Namun, hakikatnya sejak mula lagi semua kuasa di Iraq dibolot oleh Perdana Menteri yang mewakili puak Syiah. Keadaan ini menyebabkan puak Syiah bebas melakukan apa sahaja bentuk penganiayaan dan kezaliman terhadap golongan ASWJ.

"Mereka bukan sahaja menguasai politik di Iraq malah turut membentuk pasukan militan terlatih ala Hezbollah dengan bantuan Iran dan AS. Militan Syiah ini dijadikan alat pemerintah Syiah untuk memperkukuhkan kuasa politik mereka di negara kami," katanya.

Beliau memberi contoh dua insiden pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh militan Syiah terhadap golongan ASWJ yang menyuarakan penentangan terhadap kezaliman mereka secara terbuka. Insiden pertama berlaku di Khawijah, Kirkuk tahun lalu di mana kira-kira 70 lelaki ASWJ dibunuh, sebahagian besar ditembak di kepala, sejurus menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran. Terbaru, sebanyak 73 lelaki ASWJ terkorban apabila militan Syiah menyerang Masjid Musab bin Umair di wilayah Diyala pada 22 Ogos lalu.

Sheikh Saad yang berkhidmat sebagai khatib di wilayah Irbil menambah, tokoh-tokoh politik ASWJ yang lantang bersuara mengkritik puak Syiah turut tidak terlepas daripada dijadikan mangsa kezaliman puak Syiah. Tiga anggota Kabinet Iraq iaitu Timbalan Presiden, Tariq al-Hashimi; Menteri Wakaf, Adnan al-Dulaimi dan Menteri Kewangan, Rafi al-Issawi terpaksa meninggalkan negara itu bagi mengelakkan hukuman bunuh. Timbalan Yang Dipertua Parlimen Iraq, Dr. Ahmed al-Alwan pula ditahan dan dipenjarakan sejak Disember tahun lalu.

"AS seolah-olah membiarkan sahaja segala kekejaman yang dilakukan oleh puak Syiah terhadap ASWJ. Militan Syiah juga tidak lagi menentang tentera AS selepas imam mereka, Ali Sistani mengeluarkan fatwa melarang serangan terhadap tentera kuasa penjajah itu," jelasnya.

Sudah tentu golongan ASWJ di Iraq tidak berdiam diri terhadap segala penganiayaan yang dilakukan puak Syiah terhadap mereka. Namun menurut Sheikh Saad, majoriti memilih pendekatan demonstrasi secara aman bagi membantah kezaliman pemerintah dan militan Syiah.

"Demonstrasi besar-besaran pertama yang disertai ratusan ribu pengikut ASWJ dianjurkan di Anbar pada 21 Jun 2012. Mereka berhimpun sambil mendengar ucapan oleh Dr. Ahmad Said.

"Pada tarikh yang sama, Gerakan Kebangkitan Rakyat Iraq pun bermula dan ingin ditegaskan bahawa kami menolak sebarang bentuk kekerasan atau keganasan untuk menjayakan matlamat memperjuangkan keadilan bagi golongan ASWJ," ujarnya.

Pendirian serupa turut diulangi Mustafa. Beliau berharap, umat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia tidak terkeliru dengan dakyah yang mendakwa kononnya ISIS membantu golongan ASWJ dalam perjuangan menentang puak Syiah dan AS.

Tegasnya, Gerakan Kebangkitan Rakyat Iraq tidak mempunyai kaitan langsung dengan kumpulan militan ISIS.

"ISIS cuma mahu mengambil kesempatan di atas kebangkitan golongan ASWJ untuk memperluaskan pengaruh dan mendirikan apa yang digelar 'negara Islam' di Iraq.
"Segelintir umat Islam di Iraq malah dari negara lain terpedaya dengan dakyah palsu ISIS walhal kumpulan tersebut sebenarnya bersekongkol dengan militan Syiah dan tentera AS.

"Pada masa ini, militan ISIS berjaya membentuk wilayah sendiri di Iraq yang diperolehi dengan cara mengusir golongan ASWJ di kawasan yang mereka kuasai. Hakikat yang tidak diketahui ramai umat Islam adalah ISIS juga menzalimi golongan ASWJ di Iraq," katanya.

Jelas Mustafa, militan ISIS mengamalkan fahaman Khawarij iaitu menghalalkan perbuatan menumpahkan darah sesiapa sahaja yang tidak bersama kumpulan itu walaupun mereka beragama Islam dan berpegang kepada akidah ASWJ.

"Saya ingin menasihatkan umat Islam di Malaysia khususnya golongan muda agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah ISIS yang menyeru untuk berjihad bersama mereka bagi menentang puak Syiah dan tentera AS. Segala tindakan ISIS selama ini telah menyebabkan dunia memandang serong terhadap umat Islam," jelasnya.

Sebelum mengakhiri pertemuan, Mustafa sempat meninggalkan pesan kepada umat Islam di Malaysia agar berhati-hati dengan pengaruh Syiah dari Iran serta menjadikan nasib golongan ASWJ di Iraq sebagai iktibar.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Kejuruteraan Awam turut mengalu-alukan sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk membantu membangunkan semula Iraq khususnya dari segi infrastruktur, ekonomi dan pendidikan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140908/re_06/ASWJ-Iraq-diancam-Syiah-ISIS#ixzz3FafUMLq8
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Read full post »

Sabtu, September 13, 2014

KERIS STRIKE EXERCISE 2014 - KELANTAN AND TERENGGANU

0 comments
KUALA LUMPUR, Sept 13, 2014: The United States (US) army is in Kelantan and Terengganu for 2014/18 Keris Strike Series Exercise with the Malaysian army.

The Defence Ministry in a statement yesterday said the army personnel are from the United States Army Pacific Command (USARPAC) based in Hawaii. “The primary objective of the bilateral exercise is to increase the knowledge and experience of participants in managing natural disasters and the implementing of United Nations peacekeeping operations,” the statement said. A total of 540 USARPAC and 638 Malaysian army personnel will be involved in the Keris Strike Exercise beginning today until Sept 26 around Kem Pengkalan Chepa and Kem Desa Pahlawan.

 Keris Strike Exercise is a series of combined training held each year involving the formation of 8 brigades under the army’s 2nd division. “This year, the programme is orientated towards disaster management and humanitarian aid in a natural disaster scenario,” the statement said.



 Read more: http://www.therakyatpost.com/news-in-brief/us-army-kelantan-terengganu-keris-strike-exercise/#ixzz3DCHShQWp
Read full post »

Selasa, Julai 15, 2014

Zionis! Menganjinglah Kamu Dengan Semahu-mahunya!

1 comments
Sabar. Bertenang. Tunggu. 

Puak-puak Yahudi Laknatullah sedang bertungkus-lumus membersihkan, menghabiskan saki-baki bangsa Arab yang masih tinggal di tanah sekangkang kera negara Palestin. Tidak banyak lagi yang ada. Hanya kem-kem pelarian yang dihuni oleh penduduk-penduduk Arab yang rata-ratanya kaya semangat tetapi miskin segala-galanya.

Kita melihat isu ini dari sudut kemanusian. Kezaliman yang dilakukan oleh puak Israel Zionis memang tidak melambangkan manusia mahupun binatang. Kekejaman itu nyata tanda Zionis yang buta perut! Jelas...terang! 

Jika binatang boleh dipukul, disergah, dilatih, jika manusia boleh dididik,  tetapi jenis Zionis ini apa pula ubatnya? Mereka ini jenis mahkluk yang tidak boleh diubat lagi. 

Maka layanan yang bakal mereka terima nanti juga bukan lagi jenis layanan untuk manusia ataupun binatang. Tetapi layanan khas - special untuk puak-puak Israel Zionis yang sedang menganjing. Maka mengajinglah kamu Zionis, menganjinglah sepuas-puasnya!

Jika melihat peta terkini , maka masanya mungkin sudah hampir, sangat-sangat hampir. Selepas Gaza ini, mereka akan mula fokus ke Jerusalem. Maka tunggulah sahaja mereka menekan butang - suis terakhir.

Butang kemusnahan yang mereka cipta sendiri. 

Maka sabar, bertenang dan tunggu - pahit sangat pahit!

Di Tanah Melayu pun ada puak yang sedang menganjing?


Mereka sedang mencanai "mata" yang hampir siap?


source: http://www.washingtonpost.com/blogs/worldviews/wp/2014/07/09/this-is-life-in-gaza-right-now/

* Maka apabila yang "dilihat" mengganas itu bukan lagi jenis manusia, bukan pula jenis binatang...


Read full post »

Sabtu, Jun 28, 2014

SUKU ANAK MELAKA - Taboh Naning

0 comments
Assalamu'alaikum wbt.

TMP ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca tegar blog ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, sebenar bermakna. Maka dengan itu TMP ingin memohon maaf kiranya ada salah dan silap sepanjang TMP menulis di sini, manalah tahu kot ada yang terguris perasaan, tersinggung hati dek penulisan yang kadangkalanya mengikut nafsu amarah yang tidak berbendung. 

Maka tidak boleh kita meminta maaf tanpa memaafkan orang lain, maka begitulah kisahnya kemaafan yang telah diberi.

Tiada ampun buat penjajah!

Sekian.
Wassalam.

Sejarah juga nampaknya menjadi semakin menarik. Maka di sini juga di bawakan serba sedikit sedutan dari blog lain yang mengkisahkan tentang perihal Naning. Dan perlu juga diingat, sejarah ini bukan untuk menaikkan mana-mana pihak, atas hal perebutan kuasa, tahkta mahupun harta. Sejarah Naning ini disebut kerana ada perkaitannya dengan suku Anak Melaka, Mungkar, Semelenggang dan Tiga Batu. Itu sahaja. 

Menarik juga kisahnya ni..adoiii. Kajian masih dijalankan...

Taboh Naning

Naning Flag

Taboh Naning is the only one province outside Negeri Sembilan that still practice the ‘Adat Perpatih’. There are still headman who control the culture and custom of Pembesar Waris and so on such as the most famous Datuk Naning, Dato’ Dol Said. 4 major tribes (suku) in the Naning province called the Suku Anak Melaka (Meruar), Suku Mungkar (Utar-Utar), Suku Semelenggang (Ular Ular) and Suku Tiga Batu (Tonggo).

Suku Anak Melaka Flag

Suku Mungkar Flag

Suku Semelenggang Flag

Suku Tiga Batu Flag

Taboh is one of the musical instrument also known as ‘gendang’. This taboh is used in many mosque in Melaka before the ‘Azan’ in order to inform to people its time to pray to the god.

Taboh





Bendera atau marawa yang digunakan suku-suku Minang. 
Macam bendera German pun iya juga....adoii. :-)
Naning is a type of spiritual hornet (penyengat) that used by Dato’ Dol Said to attack the British in Naning War but then those hornet dissapeared after the British army poured the pigs blood to the hornet’s nest with the help from Rembau people who were disloyal to Dato’ Dol Said and Naning State.
Read full post »

Isnin, Jun 23, 2014

Ramuan China Besar - Sejarah Yang Terpendam.

0 comments
Penulis berpeluang mengikuti program Route to Raudhah anjuran Kelab Perkim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Program ekspedisi melawat tiga negeri bertarikh 20-22 Jun yang bemula di Selangor, seterusnya ke Negeri Sembilan dan Melaka itu telah membolehkan ahli-ahli kelab melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan atas tanggungjawab sosial. Antara tempat yang dilawati adalah Rumah Orang Tua Al-Ikhlas Puchong, Pusat Jagaan Persatuan Anak-anak Istimewa Harapan (OKU) yang diusahakan oleh Dato' Seri Amar Di-Raja Azizan Hang Tuah dan PEYAKIN Rembau. Ahli-ahli kelab ini telah dibawa dengan lapan kenderaan pacuan empat roda milik anggota Blackwind Adventure Team.

Ahli-ahli kelab juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah Islamiah di Kota Melaka. Program ini secara keseluruhannya telah mendedahkan generasi-generasi baru yang rata-ratanya di awal 20an dengan pengalaman-pengalaman beharga yang mungkin akan mematangkan mereka lebih awal dari usianya. Semoga pengalaman itu membantu mereka dalam mengharungi liku-liku perjalanan hidup ini di masa hadapan. InsyaAllah.

Dalam perjalanan pulang pula, konvoi telah memilih untuk mengikuti jalan lama untuk mengelak tol sebelum memasuki lebuh raya Pedas-Linggi menuju ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ini, konvoi terpaksa pula melalui jalan-lama dengan melintasi kampung-kampung lama seperti Berisu dan sebagainya. Penulis sendiri tidak fasih dengan jalan lama ini, hanya mengikut sahaja perjalanan konvoi yang juga berpandukan GPS. Penulis hanya tersentak apabila konvoi melalui sebuah kampung, iaitu Ramuan China Besar. 

Ini adalah sebuah kampung lama di pedalaman Melaka. Sejarahnya tidak diketahui orang, namanya juga tidak sebesar nama Masjid Tanah mahupun Lubok China, tetapi penulis sewaktu kecil sudah beberapa kali terjatuh di bawah pokok manggis, rambai dan rambutan di halaman sebuah rumah di sini - rumah Uwan. Itu yang membuatkan penulis terkenang-terkenang. Uwan sempat menghantar penulis keluar negara sebelum kembali ke rahmatullah sewaktu penulis masih di sana. 

Mengenangkan perkara itu, penulis terpanggil untuk membuat sedikit carian mengenai kampung ini di dalam internet sebelum kajian selanjutnya menyusul. Bagi penulis tiada bergunalah diri ini jika sejarah kampung orang giat dikaji, tetapi tidak kampung sendiri. Mungkin sudah sampai masanya sejarah, adat dan budaya Kampung Ramuan China ini diangkat di mata masyarakat.

Maka berikut adalah capaian terkini mengenai kampung Ramuan China Besar yang boleh dikongsikan buat para pembaca sekalian. Ia dipinjam dari sebuah blog seorang penduduk tempatan kampung Ramuan China yang punya jiwa pejuang dan  sejarah yang nampaknya berminat untuk mempertahankan dan menaikkan sejarah kampungnya itu.

Sejarah Ramuan China Besar

Pengenalan
Ramuan China Besar merupakan sebuah kampung yang aman damai pada zaman dahulunya. Kampung ini terdiri daripada kalangan orang melayu.Walaupun namanya kampung Ramuan China Besar, tetapi kampung ini tidak mempunyai ramai orang cina.

Agama
Penduduk kampung ini juga dahulu juga beragama islam. Buktinya ialah pembinaan masjid pada kurun ke-18 yang dinamakan masjid Ramuan China Besar. Masjid ini dibina dalam lingkungan 1926-1928 dan asalnya berada di bukit chempedak berdekatan dengan projek PLKN. Masjid itu kini dipindahkan dan menggunakan kayu-kayan yang sama. 4 tiang di masjid itu merupakan tiang asal masjid lama. Masjid itu dibina secara bergotong-royong oleh penduduk sekitar. Modal pembinaan masjid juga disumbangkan oleh penduduk sekitar.



KINI
Agama penduduk di sini majoritinya agama Islam. Masjid yang didirikan dahulu di sini tidak berubah dan cuma telah menambah sayap masjid. Kerajaan negeri melaka telah mewartakan masjid tersebut sebagai bangunan bersejarah. Maka dengan itu, masjid ini tidak boleh dirobohkan mahupun diubah suai. Namun, disebabkan oleh penduduk-penduduk di sekitarnya telah ramai, maka ramai penduduk telah membangkang hasrat ini. Pihak masjid pula telah membeli tanah di belakang masjid itu dan telah membuka jaringan WiFi untuk penduduk. Namun, pembinaan masjid tidak pun dilaksanakan lagi kerana duit masjid habis kerana membeli tanah tersebut. Penduduk mula bermesyuarat hendak membuka satu lagi masjid di hilir iaitu masjid paya lebar kerana wujudnya KPTM. Orang ramai bersetuju tetapi sampai sekarang belum ada maklum balas mengenai maklumat berkenaan.

Adat
Adat yang dipegang oleh masyarakat kampung di Ramuan China Besar ialah adat pepatih. Sesuai dengan keadaan tempatnya yang tidak jauh dari Negeri Sembilan yang sememangnya mengamalkan adat pepatih sejak turun-temurun. Buktinya juga ialah kampung ini terdiri daripada kawasan jajahan Naning yang merupakan sebuah kawasan adat pepatih. Kawasan Naning ini telah pun dibuka oleh sekumpulan orang Naning yang telah berpindah dari negeri Sembilan untuk membuka petempatan baru di Melaka. Sesuai dengan tempatnya yang strategik, kerajaan British membuka pejabat daerah di Alor Gajah.

KINI
Adat yang di pegang oleh masyrakat Ramuan China Besar kini ialah adat pepatih dan temenggung. Disebabkan kerajaan negeri telahpun menempatkan dato’ sidang iaitu wakil adat (temenggung), maka institusi adat pepatih di kampung ini tercemar. Anak-anak muda kini tidak lagi mengikut adat pepatih. Dipercayai, adat pepatih ini lupus sejak lingkungan 30-40 tahun dahulu. [Boleh jadi benar perkara ini sedang berlaku kerana penulis sendiri tidak fasih dan sudah jauh dengan adat kampung ini]

Kemudahan sosial
Pada zaman dahulu, rumah di kampung ini amat sedikit dan jarak antara rumah amatlah jauh. Sistem pengangkutan utama masyarakat di sini dahulunya cuma basikal. Sistem jalan dahulu cuma tanah merah dan lebarnya hanyalah lebih kurang 3 meter. Sistem pengairan disini amat bagus kerana kebanyakan penduduk dahulu membina rumah setinggi 2 meter. Cuma ada sebatang sungai sahaja yang mengairi tanaman penduduk disini iaitu Sungai Ramuan China Besar. Orang kampung menggelarnya bondar yang bermaksud sungai kecil. Sungai ini mengalir dari hulu ke hilir. Di sebabkan pekan ini berada di hulu sungai Ramuan China Besar, jadi penduduk menggelar nama pekan ini sebagai Pekan Hulu.




Jalan Besar di Paya Lebar
Jalan besar di paya lebar itu akan dinaik taraf. Jalan ini akan dipanggilScenic RoadScenic Road bermaksud jalan jauh yang menghubungkan Bandar Melaka sehingga ke tampin dan ke daerah Jasin. Laluannya ialah Bandar Melaka, Sungai Udang, Tanjung Bidara, Pengkalan Balak, Kuala Linggi, Paya Lebar, Berisu, Tampin, dan seterunya ke daerah Jasin. Penulis menggangap jalan ini bertujuan untuk kegunaan pelancong yang ingin melihat keindahan flora dan fauna di Melaka kerana jalan-jalan ini selalunya melalui ladang-ladang dan pantai.

Pekerjaan
Kebanyakan penduduk di sini dahulunya menorah getah. Dari dahulu sehingga kini, ramai penduduknya menorah getah. Terdapat juga penduduk yang mengusahakan tanama sampingan seperti durian, binjai, rambutan, mangga dan lain-lain. Selain itu, ada kalangan penduduk menjadi nelayan dengan menangkap ikan di sungai. Penduduk kampung disini secara tradisinya membela lembu bagi tujuan untuk menjual dan sebagai persiapan untuk kenduri. Tetapi pada masa kini tradisi ini dimusnahkan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah kerana lembu-lembu ini ditangkap kerana pembelanya tidak mempunyai permit membela lembu dan membiarkan lembu-lembu ini bebas sekitar kampung [patutlah penulis melihat sudah tiada lagi lembu di kiri-kanan jalan di sini - jika tidak sudah tentu jenuh untuk mengelak "booby trap" lembu yang bersepah di tengah jalan]. Sejak penanaman kelapa sawit diperkenalkan di Malaysia, penduduk mula beralih untuk menanam kelapa sawit kerana harganya lebih mahal dan banyak pengeksport dari dalam negara memerlukannya.

KINI
Majoriti masyarakat disini masih lagi menjadikan menoreh getah sebagai pekerjaan rutin mereka. Projek tanaman getah juga diusahakan oleh Felcra. Penduduk juga membela ternakan seperti ayam dan itik. Kebanyakan penduduk di kampung ini berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan kerana peluang pekerjaan di kampung ini sukar didapati. Kebanyakan penduduknya berhijrah ke Kuala Lumpur. Namun, bagi yang telah bersara, mereka telah membuat rumah sendiri di kampung ini. Dengan itu, projek-projek membina rumah baru semakin banyak dan padat.

Sejarah Nama Ramuan China Besar
Versi 1
Nama Ramuan China Besar ini ada ceritanya. Kru pagi ERA FM iaitu Din Beramboi dan Aznil juga menobatkan Ramuan China Besar merupakan nama kampung yang paling unik. Ceritanya bermula apabila seorang saudagar cina dari China telah mendapati 2 ekor gajahnya bernama Ramu telah hilang dari kandangnya. Orang ramai telah mencari gajah itu di pelusuk Melaka dan telah menjumpainya di kampung ini. Dan setelah itu, kampung ini telah diberi nama Ramuan China Besar kerana gajah itu bernama Ramu, pemiliknya seorang China dan gajah itu yang besar. Ramuan china kecil juga mendapat nama semasa sejarah yang sama tetapi gajahnya yang kecil. Oleh sebab kawasan itu meliputi kawasan yang amat besar, maka, daerah itu dinamakan Alor Gajah menggantikan nama Naning.

Versi 2
Ada pula ynag mengatakan sejarah nama Ramuan China Besar ni datangnya dari seorang tuakng perubatan China yang membuat ramuan ubat dalam perik yang besar. Badannya sungguh la besar. Perkara ini di kaitkan dengan sejarah Ramuan China Kechil yang mengatakan perkerjaan mereka yang sama dan badannya yang kurus dan kecil.

Namun begitu, kita tidak dapat mengetahui sejarah ini benar ataupun tidak memandangkan cerita ini mempunyai banyak versi. Catatan mengenai sejarah-sejarah dahulu kala di Ramuan China Besar juga tidak dicatat. Oleh itu kita tidak boleh menganggap cerita ini benar. Asal usul penduduk di sini juga tidak dapat diketahui.

Pendidikan
Pendidikan di tempat ini bermula sekitar akhir kurun ke-18. Penulis sempat menggunakan bangunan lama, dua tingkat, beratapkan daun pelepah dan berdindingkan kayu. Disebabkan bangunannya yang kian uzur, bumbungnya yang telah bocor kerana diperbuat dari daun, maka kerajaan telah merobohkannya pada tahun 1999. Sebagai balasan, kerajaan telah membina satu blok bangunan dua tingkat, sebuah surau dan sebuah bangunan ICT untuk menempatkan komputer.

petikan: http://ramuanchinabesar.blogspot.com/2009/06/sejarah-ramuan-china-besar.html





end quote.


"Kesedaran" itu bermula di sini...
...terjaga bersih.

MASJID AL MUHTADI RAMUAN CHINA BESAR
Latar Belakang
Masjid Ramuan China Besar dibina sekitar tahun 1928 dan tapak asalnya ialah di kawasan Bukit Cempedak. Ianya didirikan oleh penduduk asal kampung Ramuan China Besar. Bahan binaanya menggunakan kayu lama. Kayu-kayu yang digunakan untuk membina masjid telah diibawa dari hutan yang berhampiran secara bergotong-royong. Pada tahun 1950 bangunan masjig ini telah diubahsuai dan dipindahkan ke tapak sekarang di kampung Ramuan China Besar. Perpindahan masjid telah diketuai oleh Allahyarham En. Yusof seorang anak tempatan. Menurut cerita orang-orang tua, empat batang tiang masjid yang terdapat di dalam masjid telah didirikan secara beramai-ramai dengan menggunakan tali kerana tiang tersebut tingginya 20 kaki dan besar 10 inci kali sepuluh inci setiap batang.

SEDIKIT MENGENAI NANING

Asal usul nama
Nama Naning dikatakan diambil bersempena satu sarang Naning (binatang penyengat yang bisa) bercorak kuning terus yang ditemui di atas pulau tiga buah sejanjar yang dikenali sebagai Pulau Galang Tiga Sejanjar yang terletak di sebuah paya di Taboh.

Naning jatuh ke tangan penjajah
Perang Naning
Naning telah jatuh ke tangan Syarikat Hindia Timur Inggeris pada bulan Jun 1832 apabila Taboh telah ditawan dan pasukan di bawah pimpinan Undang Naning ke-9, Dato' Abdul Said bin Omar @ Dol Said telah berundur setelah berlaku beberapa pertempuran dengan pihak Inggeris selama lebih kurang 2 bulan. Setelah itu Naning pun dimasukkan di bawah pentadbiran wilayah Melaka pada tahun 1833.


Kawasan pertempuran yang juga 
meliputi kawasan sekitarnya dalam bulatan biru.

Kawasan Naning
Apabila Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan daripada Inggeris, Naning telah menjadi sebahagian daripada negeri Melaka. Naning dibahagiakan kepada 25 mukim seperti berikut:-

Dalam Daerah Alor Gajah
Ramuan China Besar, Ramuan Cina Kecil, Sungai Baru Ulu, Masjid Tanah, Sungai Siput, Berisu, Ayer Paabas, Lendu, Sungai Buloh, Melekek, Taboh Naning, Pegoh, Kelemak, Pulau Sebang, Tanjung Rimau, Padang Sebang,
Gadek, Melaka Pindah, Rembia, Sungai Petai, Kemmunig, Tebong, Empang Batu.

Dalam Daerah Jasin
Batang Melaka, Jus, Nyalas.


Sekian dahulu buat masa ini.
JIWA MERDEKA!

* Lebah tualanglebah madu gergasi atau naning (nama saintifiknya Apis dorsata) (bahasa Inggeris: giant honey bee), ialah lebah madu yang berkoloni sepanjang Asia Tenggara sehinggalah selatan India. Ia mendapat nama lebah tualang bersempena dengan sarang atau haifnya yang dibina kebanyakannya di pokok Tualang. Ia menjadi agen pendebunga bagi hampir 50 peratus pokok di hutan hujan tropika menjadikan ia amat penting kepada eko-sistem hutan. Lebah tualang bersifat defensif dan tidak pernah diternak kerana sarangnya yang bersifat terbuka.

Sumber:
http://masjid.melaka.gov.my/index.php?1001=profile&1002=131
http://icelemontea-hairie.blogspot.com/2010/10/kajian-landskap-budaya-1-kampung-ramuan.html

http://tingkatanduasejarah.blogspot.com/2012/09/dol-said-pahlawan-naning.html

Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger